fbpx

Pasangan kekasih edar dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada dadah yang dirampas susulan penahan dua individu di Jalan Metro Pudu semalam.- Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih yang giat menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu berjaya ditahan polis dalam satu operasi di Jalan Metro Pudu di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir sebuah residensi di Jalan Metro Pudu kira-kira pukul 3.50 petang.

“Kedua-dua suspek berusia 35 dan 19 tahun dan pemeriksaan yang dilakukan di dalam kereta tersebut telah menemui dadah disyaki jenis MDMA seberat 0.46 kilogram (KG) serta cecair MDMA sebanyak 1.8 liter termasuk wang tunai berjumlah RM650.

“Siasatan ke atas suspek seterusnya membawa pihak polis ke sebuah residensi di Taman
Mastiara di sini dan telah menemui dadah jenis ketamin (5.19KG), serbuk MDMA (0.33KG), cecair MDMA(11.25 liter), pil ecstasy (52 biji) dan pil erimin 5 (34 biji),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, kesemua rampasan dadah tersebut dianggarkan bernilai RM333,883 dan boleh dibekalkan kepada 6,124 penagih.

Menurut Mohd. Shokri, semakan mendapati rumah tersebut telah disewa selama empat bulan dengan bayaran RM1,800 sebulan dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ketamin namun mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Susulan penahan kedua-dua suspek, pihak polis percaya telah berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

“Suspek yang ditahan kini direman sehingga 23 Jun depan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” tegas beliau.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI