PETALING JAYA – Pemberian dos vaksin Covid-19 kekal melepasi jumlah 200,000 dos semalam.
Berdasarkan data terkini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, setakat semalam sebanyak 204,839 dos vaksin telah diberikan.
Peningkatan pemberian dos vaksin itu menyaksikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memberangsangkan apabila lebih lima juta dos vaksin telah diagihkan.
Ia juga menyaksikan negara berjaya mengekalkan kapasiti pemberian vaksin 200,00 dos sehari selepas pertama kali mencecah jumlah itu pada Selasa dengan pemberian 215,876 dos.
Data JKJAV juga menunjukkan 5,108,948 dos vaksin telah diagihkan dengan 3,632,195 individu sudah menerima dos pertama. – K! ONLINE