fbpx

Kluster, sporadik punca kes meningkat di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Saringan kontak rapat, kes kluster dan sporadik menjadi penyumbang kepada peningkatan kes harian Covid-19 di Negeri Sembilan hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peningkatan kes itu adalah hasil saringan bersasar yang dilakukan majikan terutamanya sektor perindustrian di Seremban.

Selain itu, peningkatan kes juga berlaku hasil saringan kontak rapat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi membendung penularan Covid-19.

“Sebanyak 36 peratus daripada kes hari ini berpunca daripada kluster, kontak rapat (41 peratus) dan sporadik (23 peratus).

“Bagi pecahan kluster pula, sebanyak 78 peratus melibatkan sektor perindustrian, pusat jagaan khas (13 peratus) dan komuniti (9 peratus).

“Sebanyak 53% daripada kes sporadik adalah melibatkan saringan bergejala terhadap pekerja di sektor perindustrian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah kes Covid-19 di negeri ini adalah 36,194 kes dengan 5,825 kes sedang dirawat dan 244 kematian direkodkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI