fbpx

Jumlah pendaftaran vaksin Orang Asli rendah boleh diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jumlah pendaftaran Program Imunisasi Kebangsaan Covid- 19 (PICK) dalam kalangan Orang Asli di Kelantan ketika ini bukan menjadi satu isu besar dalam usaha untuk memberikan suntikan kepada masyarakat tersebut.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan Covid- 19 (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu bukan menjadi kerisauan kepada beliau kerana pihaknya mempunyai strategi tertentu untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada mereka.

Katanya, Program outreach Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika ini merupakan salah satu langkah terbaik untuk memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin dan suntikan kepada Orang Asli.

“Saya tidak risau dengan jumlah pendaftaran vaksin Covid-19 yang rendah dalam kalangan Orang Asli.

“Strategi kita adalah ‘mobile outreach’. Kita terus pergi dan terus suntik vaksin Covid-19 kepada mereka,“katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Kebangsaan dan Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Kosmo! Online semalam melaporkan, hanya seramai 100 orang daripada 16,000 penduduk Orang Asli di Gua Musang yang sudah mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi PICK.

Kesemua Orang Asli itu telah mendaftar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Tok Batin kampung mereka.

Katanya, jumlah 16,000 penduduk itu terdiri daripada semua lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sehingga dewasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI