fbpx

Ika Ekora, suami didakwa cederakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ika Ekora

PASIR MAS – Seorang usahawan kosmetik bersama suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya Isnin lalu.

Tertuduh, Nurul Atikah Hanafi, 33, atau lebih dikenali sebagai Ika Ekora dan suaminya, Mohd. Hairie Razali, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya yang berusia 16 tahun tiga bulan.

Kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Pauh, Pasir Mas kira-kira pukul 4.30 petang pada 14 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hakimie Ab. Hadi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hassan.

Terdahulu, Mohd. Hakimie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Muhammad Hasif dalam rayuannya memohon supaya kedua-dua anak guamnya diberikan jaminan kerana Nurul Atikah sedang mengandung lima bulan.

Katanya, tertuduh juga telah memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM9,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin selain kedua-dua tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan, berang dengan status yang dimuat naik anaknya di aplikasi WhatsApp dipercayai punca seorang usahawan kosmetik hilang sabar lalu memukul mangsa dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas pada Isnin lalu.

Lebih malang lagi, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, remaja perempuan berusia 16 tahun tersebut turut dipukul oleh bapa tirinya yang berusia 33 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI