fbpx

Elaun khas barisan hadapan RM787.61 juta sudah disalurkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah menyalurkan sebanyak RM787.61 juta elaun khas khusus kepada barisan hadapan yang terbabit dalam usaha membendung wabak Covid-19 setakat 4 Jun lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu membabitkan kira-kira 2.1 juta tuntutan yang diterima daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain.

“Elaun khas ini turut dinikmati oleh anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-57, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dibuka mulai 15 sehingga 30 Jun ini bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI