fbpx

Dua tsunami kecil landa Pulau Seram selepas gelinciran batu bawah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tsunami yang melanda Sumatera, Indonesia pada 2004. - Google

JAKARTA – Dua insiden tsunami kecil dilaporkan berlaku di Maluku Tengah, Indonesia tengah hari semalam selepas berlaku gelinciran batu di bawah laut, lapor Suara.com.

Kejadian tsunami kecil setinggi 50 dan tujuh sentimeter (sm) di Pulau Seram itu disahkan oleh Penyelaras Gempa Bumi dan Tsunami Jabatan Klimatologi Meteorologi dan Geofizik (BMKG), Daryono.

“Hasil pemodelan menunjukkan bahawa gelinciran berskala 1.9 hingga 3.7 pada skala richter berkenaan tidak berpotensi mewujudkan tsunami.

“Namun berdasarkan pengamatan permukaan laut, ada peningkatan gegaran dan ada tsunami kecil yang melanda sejurus selepas gempa berskala rendah itu,” jelas Daryono dalam satu siaran akhbar kepada media.

Kejadian tsunami kecil ini dirakam di Stesen Tehoru Tide Gauge yang dikendalikan oleh Badan Maklumat Geospatial (BIG) dengan ketinggian maksimum sekitar 50 sm pada 11.47 pagi waktu tempatan iaitu empat minit selepas gempa.

“Tsunami kecil juga dicatat di BIG dengan ketinggian maksimum tujuh sentimeter pada 12.02 tengah hari waktu tempatan iaitu 19 minit selepas gempa,” tambah Daryono. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI