fbpx

Dua rakan pecah masuk kedai perkakasan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (dua dari kiri) memeriksa sebahagian alat pertukangan yang dipercayai dicuri dua suspek kes pecah masuk kedai perkakasan di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Dua sahabat yang dipercayai aktif mencuri kenderaan dan memecah masuk kedai perkakasan di sekitar daerah ini sejak bulan lalu ditahan secara berasingan pada minggu lalu.

Suspek yang berusia 26 dan 37 tahun disyaki memecah masuk sekurang-kurangnya dua kedai perkakasan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek pertama ditahan di Kampung Teluk Lipat di sini pada pukul 1 pagi, Khamis lalu manakala rakannya diberkas dua hari kemudian di pusat bandar Dungun di sini.

Polis menemui semula alat pertukangan bernilai RM70,000 yang dipercayai dicuri di kedai perkakasan sejak bulan lalu.

Turut dirampas tiga buah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai dicuri dan digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI