fbpx

Bukan sebab percutian di Bali, BCL kena Covid-19 sebab penari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BCL menafikan terjangkit Covid-19 akibat percutian di Bali.

JAKARTA – Selebriti popular Indonesia Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL menafikan dakwaan kononnya dijangkiti Covid-19 selepas pulang daripada percutian di Bali baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi dan juga pelakon itu memberitahu bahawa dia didapati positif wabak maut tersebut selepas menjadi kontak rapat kepada beberapa penarinya selepas bertemu pada 10 Jun lalu.

“Kepada mereka yang prihatin. Saya pergi ke Bali dari 29 Mei sehingga 2 Jun 2021. Kemudian saya sudah melakukan aktiviti dan bekerja di Jakarta selepas menjalani proses ujian calitan pada 12 Jun lalu dan keputusannya negatif.

“Beberapa orang penari saya disahkan positif pada 13 Jun selepas mereka bertemu dengan saya pada 10 Jun 2021. Saya lakukan sekali lagi ujian calitan pada 14 Jun dan disahkan positif,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran itu juga, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut mengingatkan netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu dan mendapatkan info yang tepat sebelum menyebarkan sebarang berita.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Bali.

“Mohon dapatkan penjelasan info yang tepat terlebih dahulu dengan bijak sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

Untuk rekod, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin kendiri selepas disahkan positif Covid-19 pada Selasa lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI