fbpx

Bukan masa sesuai untuk bertemu Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALDERWEIRELD mengakui pertemuan menentang Denmark akan menjentik emosi para pemain yang beraksi di Stadium Parken, Copenhagen tengah malam ini. – AFP

COPENHAGEN – Tonggak pertahanan Belgium, Toby Alderwei­reld mengakui tidak begitu teruja untuk menentang Denmark selepas lima hari insiden bintang pasukan itu, Christian Eriksen rebah di atas padang akibat serangan jantung di Stadium Parken, Ahad lalu.

Alderweireld, 32, antara pemain yang terkesan dengan insiden itu memandangkan dia pernah bergandingan bersama Eriksen ketika mereka berdua beraksi dengan Ajax dari 2010 hingga 2013 dan Tottenham Hotspur (2015-2020).

“Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bertemu Denmark dan saya menjangkakan mereka juga merasai perasaan sama. Perlawanan itu mungkin akan memberikan motivasi tambahan atau sebaliknya.

“Ia akan menjadi salah satu perlawanan yang cukup sukar dari segi persediaan mental ke­dua-dua pasukan. Sudah pasti­nya akan menjentik emosi.

“Namun, kemenangan perlu dicari dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk meraihnya dengan pendekatan profesional sebagai usaha menghormati mereka,” katanya.

Belgium berpeluang melang­kah ke peringkat kalah mati sekiranya berjaya menewaskan Denmark pada aksi kedua Kumpulan F di Stadium Parken tengah malam ini selepas selesa mengutip tiga mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Rusia pada aksi pertama, 13 Jun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI