fbpx

Bar wanita sasa di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Muscle Girls menjadi tular di media sosial kerana semuanya bertubuh sasa dan berotot. - Instagram

TOKYO – Seorang pencinta bidang kecergasan di Jepun telah membuka sebuah bar khas untuk golongan wanita, lapor Oddity Central, kelmarin.

Bar bernama Muscle Girls itu ditubuhkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Eri Muscle.

Premis itu bermula sebagai sebuah gimnasium sebelum diubah suai menjadi bar yang tular di media sosial.

Tarikan utama Muscle Girls adalah pekerjanya yang terdiri daripada wanita berbadan sasa dan berotot.

“Saya memulakan perniagaan ini ketika berusia 19 tahun. Pada mulanya, saya hanya gemar bersenam  seperti biasa sebelum jatuh cinta dengan dunia angkat berat dan bina badan.

“Ssemua kakitangan Muscle Girls berkongsi minat yang sama. Mereka bukan sekadar bekerja di sini tetapi turut  mengadakan pertunjukan bina bada, menari dan membantu pelanggan mendapatkan bentuk badan idaman mereka,” ujar Eri.

Kunjungan ke premis itu boleh dilakukan melalui tempahan namun disebabkan pandemik Covid-19, mereka terpaksa berinteraksi dengan pengunjung melalui media sosial, terutama YouTube dan Instagram buat masa sekarang.

Menurut laman web rasmi mereka, tempat itu akan dibuka semula untuk dikunjungi orang ramai sekitar bulan ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI