fbpx

Bapa dihukum bunuh guna raifal AK-47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali Abdullah (berbaju biru) dihukum bunuh selepas membunuh tiga orang anak perempuannya pada 2019 -EPA

SANA’A, YEMEN – Seorang bapa dihukum mati di hadapan khalayak menggunakan raifal AK-47 selepas didapati bersalah membunuh tiga orang anak perempuannya yang masih kecil, lapor akhbar The Sun semalam.

Ali Abdullah al-Naomi didapati bersalah membunuh Rahaf, 7, Raghdad, 12 dan Malak, 14 dengan membiarkan mereka lemas di dalam sebuah tangki air akibat perselisihan faham dengan isterinya pada Jun 2019.

Dia dibawa ke Dataran Tahrir di Sana’a  bersama dua lelaki lain yang juga dihukum bunuh atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun.

Selepas ditembak, mayat pesalah akan digulung di dalam karpet dan dibawa keluar dari dataran itu oleh anggota tentera.

Ia merupakan hukuman mati di hadapan orang awam  pertama di Sana’a sejak Ogos 2018.

Yemen merupakan antara negara yang melaksanakan hukuman mati, malah  turut membenarkan kanak-kanak hadir menyaksikan pelaksanaannya.

Pada 2019, dua pedofilia dihukum bunuh di bandar Aden atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI