SINGAPURA – Bangkai kapal berusia 200 tahun sarat dengan seramik dan artifak lain ditemui di perairan Singapura dalam penemuan yang jarang-jarang berlaku, kata sekumpulan ahli arkeologi semalam.
Negara pulau itu sudah lama menjadi hab perdagangan utama laluan perkapalan global yang menghubungkan Lautan Hindi dan Laut China Selatan.
Bangkai kapal itu ditemui dekat Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, demikian menurut Lembaga Warisan Nasional dan Institut Yusof Ishak- ISEAS yang bekerjasama dalam projek tersebut.
Bangkai kapal pertama ditemui selepas beberapa penyelam secara tidak sengaja menemui sejumlah pinggang seramik pada 2015. Kapal itu dipercayai membawa seramik China dari kurun ke-14 apabila Singapura dikenali sebagai Temasek
Sesetengah barangan itu serupa dengan artifak yang ditemui di Singapura ketika pulau itu menjadi hab perdagangan sebelum ketibaan penjajah British pada 1819.
Ekskavasi dasar laut di lokasi bangkai kapal pertama membawa kepada penemuan bangkai kedua yang berkemungkinan besar kapal Shah Munchah. Kapal dagang yang dibina di India itu tenggelam pada 1796 semasa belayar dari China ke India.
Pada kurun ke-13 dan ke-14 China diperintah oleh Dinasti Yuan. – AFP