fbpx

5,738 kes, Perlis tiada jangkitan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,738 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 678,764 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,858 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 1,086 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 641 kes.

“Seterusnya Sarawak (559 kes), Johor (449 kes), Sabah (248 kes), Kedah (197 kes), Melaka (184 kes), Kelantan (154 kes), Pulau Pinang dan Labuan (masing-masing 97 kes), Terengganu (77 kes), Pahang (54 kes) dan Perak (30 kes).

“Putrajaya pula dengan tujuh kes manakala, Perlis tidak merekodkan kes baharu hari ini,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI