PUTRAJAYA – Seramai 442 daripada 5,574 calon memperoleh sijil pangkat Mumtaz (cemerlang) dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 yang diumumkan hari ini.
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata demikian pada sidang akhbar secara dalam talian hari ini.
Pkharuddin berkata, seramai 27 calon pula memperoleh gred Mumtaz bagi 10 mata pelajaran.
“Keputusan STAM 2020 yang dikeluarkan hari ini adalah berdasarkan format dan kurikulum baharu dan ia tidak boleh dibandingkan dengan keputusan tahun sebelumnya,” katanya. -K! ONLINE