fbpx

Imigresen serbu kedai runcit warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan JIM ke atas beberapa kedai runcit yang dikendalikan warga asing baru-baru ini. Foto Ihsan JIM

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kedai runcit yang dikendalikan oleh warga asing diserbu Jabatan Imigresen (JIM) di Bukit Sentosa dan Dengkil dekat sini pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mereka terdiri daripada 18 lelaki warga Bangladesh, tujuh lelaki warga Myanmar, tiga lelaki warga Indonesia, dua perempuan warga Indonesia, dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga India.

“Semasa serbuan dijalankan terdapat warga asing yang cuba bertindak melarikan diri dan membuat provokasi, namun mereka dapat diberkas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee memberitahu, pemeriksaan awal mendapati kesemua PATI itu dipercayai menyalahgunakan pas atau permit selain tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI