fbpx

Sempat selamatkan kereta sebelum bumbung rumah tercabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Ben Bella (kiri) menyerahkan sumbangan dari Pejabat Parlimen Pengerang berupa wang tunai RM1,000 kepada Robaie selepas rumahnya dilanda ribut petang semalam.

KOTA TINGGI – Sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Tanjung Buai, di sini terkejut dan cemas apabila kediaman mereka dipukul angin kencang dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu mengakibatkan bumbung dibahagian hadapan rumah tercabut.

Menurut salah seorang mangsa, Nordellyana Robaie, 35, ketika kejadian dia bersama ibu dan bapa serta adiknya beradik di dalam rumah.

“Rumah kami tepi sekali menghadap laut jika angin kuat memang rumah kami yang pertama akan kena dahulu manakala rumah penduduk lain agak terlindung.

“Masa kejadian itu air sedang pasang disusuli hujan serta angin kuat. Semuanya berlalu dengan pantas dan secara tiba-tiba menerbangkan bumbung di bahagian depan rumah. Mujur kami sempat selamatkan kereta,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, keluarga Nordellyana menerima kunjungan dan sumbangan dari wakil Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said merangkap Pegawai Khas, Syed Ben Bella Al Habshee untuk menyerahkan bantuan wang tunai.

Nordellyana berkata, kejadian ribut itu adalah kali kedua berlaku dimana pertama kali terjadi kira-kira enam tahun lalu.

Katanya, dia mewakili keluarganya amat berterima kasih kepada pelbagai pihak yang hadir memberikan sumbangan termasuklah dari Ahli Parlimen Pengerang, Adun Penawar juga Pemuda Umno Pengerang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI