fbpx

Sarawak tangguh ibadah Qurban tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Sarawak akan menangguhkan pelaksanaan ibadah Qurban menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu keputusan tersebut telah diambil berdasarkan keputusan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak yang bersidang semalam.

“Lembaga Fatwa Negeri Sarawak telah menetapkan penjagaan nyawa (hifzun nafs) diutamakan dan mengelak kemudaratan kesan daripada pandemik Covid-19 yang masih kritikal di Sarawak.

“MIS juga menyeru agar umat Islam terus bersabar dan terus beristiqomah memelihara perintah Allah, menjauhi dosa dan maksiat, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan Allah, serta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan bertawakkal kepada-Nya. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik ini dihapus daripada muka bumi ini,” katanya.

Setakat ini, Sarawak masih mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 yang tinggi melebihi 700 kes sejak 14 Jun yang lalu.

Sebanyak 30 daerah di negeri ini diklasifikasi sebagai zon merah Covid-19, manakala dua zon jingga dan lapan zon kuning. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI