fbpx

KPT lancar Inisiatif Food Bank Siswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJASAMA antara KPT diterajui Noraini (tiga dari kiri) dan Sekretariat Food Bank dilakukan lebih setahun lalu bagi menghulurkan bantuan kepada pelajar memerlukan dengan lebih sistematik dan berstrategi.

Oleh DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi

SEMALAM, saya telah turun ke gudang Sekretariat Food Bank bagi melihat proses penghantaran bantuan makanan kepada sukarelawan, barisan hadapan dan para pelajar yang berada di institusi pengajian tinggi (IPT).

Kerjasama ini telah dijalankan sejak lebih setahun yang lalu.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat komited dalam usaha memantapkan tadbir urus dan kecekapan penyaluran bantuan makanan kepada pelajar IPT dan ini merupakan manifestasi keprihatinan KPT terhadap kebajikan pelajar.

Dalam usaha menambah baik bantuan makanan kepada pelajar, KPT telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kerjasama dengan Sekretariat Food Bank bagi menjenama dan menstruktur semula Inisiatif Food Bank Siswa di IPT.

Melalui kerjasama ini, KPT dan Sekretariat Food Bank berazam memastikan struktur mekanisme penyelarasan bantuan Food Bank Siswa dibentuk lebih sistematik dan berstrategi di IPT.

Inisiatif nafas baharu ini menyasarkan pelajar B40, asnaf, fakir miskin dan berkeperluan sekali gus menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi pelajar supaya mereka lebih fokus terhadap sesi pembelajaran di kampus.

KPT dan Sekretariat Food Bank akan terus mencari rakan-rakan strategik yang lain untuk bersama-sama membantu menjayakan usaha ini dalam menjaga kebajikan anak-anak pelajar di IPT.

Struktur Inisiatif Food Bank Siswa baharu di IPT ini bakal melibatkan sukarelawan pelajar yang dilantik sebagai Rakan KPT. Sukarelawan ini akan disusun melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

Pendekatan ini dilihat amat signifikan sebagai platform memperkasakan bakat kepimpinan pelajar terutamanya dalam isu kebajikan. Mereka ini akan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni di IPT masing-masing.

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap sukarelawan, barisan hadapan dan para pelajar di IPT.

Mana-mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan, boleh terus menghantar ke Food Bank Siswa di IPT dengan jumlah penglibatan orang yang sangat minima.

Agihan akan dibuat oleh para sukarelawan di IPT masing-masing bagi mengurangkan jangkitan virus Covid-19 dari pihak luar.

Kepada mereka yang ingin menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang, YSS telah menubuhkan tabung khas untuk memudahkan proses bantuan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI