fbpx

Kapal tangki Jepun bersauh di Pulau Pinang tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal tangki asing didapati bersauh di perairan Pulau Pinang tanpa kebenaran semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki asing selepas disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan negeri ini pada kedudukan 53 batu nautika barat laut Pulau Kendi dekat sini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, kapal tangki yang berdaftar di Jepun itu telah ditahan oleh kapal ronda APMM, KM Burau kira-kita pukul 4 petang semasa Op Pertiwi/Benteng Laut.

Beliau berkata, kapal tersebut yang dalam perjalanan dari Singapura ke Fujuriah, Emiriah Arab Bersatu itu dikendalikan oleh 26 kru iaitu empat warga Jepun termasuk nakhoda dan 22 warga Filipina.

“Mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, namun gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh serta gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia.

“Nakhoda dan tiga kru terbabit dibawa ke ibu pejabat APMM negeri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI