fbpx

Gempa Bumi 5.8 magnitud gegar timur Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi dan letusan gunung berapi kerap melanda Indonesia ekoran kedudukannya yang terletak di 'Lingkaran Api' -Joshua Project

JAKARTA – Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda kepulauan terpencil Maluku. Namun, tiada amaran tsunami diberikan.

Gempa kecil itu berlaku pada pukul 1.43 tengah hari waktu tempatan di Laut Banda yang terletak kira-kira 70 kilometer dari tenggara Amahai yang terletak di pulau Seram.

Gempa kecil sering menyebabkan kerosakan yang lebih besar berbanding gempa bumi besar namun tiada kerosakan besar atau kematian yang dilaporkan.

Gempa bumi dan letusan gunung berapi kerap melanda Indonesia ekoran kedudukannya yang terletak di ‘Lingkaran Api’ iaitu sebuah lengkungan aktiviti gempa yang kuat di mana plat tektonik bertembung dan memanjang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan melintasi lembah Pasifik.

Pada 2004, satu gempa bumi berukuran 9.1 magnitud dengan tsunami melanda pantai Sumatera dan mengorbankan 220,000 orang di sekitar wilayah tersebut termasuk 170,000 individu di Indonesia.

Pada April 2018, satu gempa bumi berukuran 7.5 magnitud dengan tsunami melanda Palu di pulau Sulawesi, menyebabkan lebih 4,300 terkorban atau hilang. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI