fbpx

Eyka Farhana lepaskan tawaran berlakon di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA

PETALING JAYA – Pelakon Eyka Farhana terpaksa membatalkan hasratnya untuk terlibat dalam penggambaran drama Pretty Little Liars musim kedua di Indonesia ekoran pandemik Covid-19.

Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 26, berkata, mengikut perancangan asal, penggambaran drama berkenaan sepatutnya bermula pada 25 Jun ini.

“Sepatutnya, saya telah terbang ke Indonesia pada 1 Jun lalu dan akan menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum memulakan penggambaran.

“Bagaimanapun, disebabkan kerisauan terhadap risiko jangkitan Covid-19, saya terpaksa batalkan pembabitan dalam drama tersebut.

“Kalau mahu tangguhkan penggambaran pun tidak boleh sebab saya masih ada komitmen drama di Malaysia,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Disebabkan isu berkenaan, watak yang pernah dijayakan Eyka iaitu sebagai Ema dalam musim pertama drama tersebut terpaksa digantikan dengan pelakon lain dari Indonesia.

“Kalau ikutkan, 90 peratus sudah siap dan saya sudah boleh terbang ke sana (Indonesia). Tetapi saya risau jika saya ke sana, bagaimana dengan kerja saya di sini (Malaysia),” katanya.

Dalam pada itu, Eyka me­ngakui agak kecewa apabila terpaksa melepaskan peluang tersebut yang dianggap sukar diperoleh oleh pelakon tempatan untuk menempah nama di luar negara.

“Saya tetap berfikiran positif dan menganggap mungkin ada rezeki lain untuk saya. Apa yang saya rugi adalah saya tidak dapat teruskan hajat untuk mengembangkan nama di Indonesia.

“Tetapi tidak mengapa, saya masih berfikiran positif dan me­nganggap ada hikmah di atas apa yang telah berlaku,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI