fbpx

Duta AS fasih berbahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan Brian D. McFeeter dalam Bahasa Melayu tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Duta Besar Amerika Syarikat (AS), Brian D. McFeeters menjadi perhatian netizen hari ini apabila mempamerkan kefasihannya berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan ringkas mengenai bantuan Covid-19 kepada Malaysia.

Kefasihan McFeeters itu dimuatnaik menerusi satu video berdurasi dua minit empat saat yang memperkatakan mengenai bantuan yang diberikan oleh AS kepada Malaysia berkenaan pandemik Covid-19.

“Pada masa ini, saya sebagai duta dan rakan saya di Kedutaan Amerika Syarikat ingin membantu rakyat Malaysia dengan cara apa sekalipun. Hari ini dengan sukacitanya saya umumkan tentang bantuan tambahan Covid-19 oleh pihak kedutaan kepada Malaysia,” jelasnya dalam video tersebut.

Rata-rata pengguna laman Twitter terkejut dan memuji kefasihan beliau kerana mampu untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.

Menurut seorang pengguna laman Twitter dengan nama @BigBadWolfe8 berkata, usaha yang dilakukan oleh duta AS itu untuk belajar Bahasa Melayu adalah satu usaha yang hebat.

“Usaha yang dilakukan untuk belajar sesuatu bahasa itu amatlah dihargai. Saya hormat awak. Saya bangga awak dapat berbahasa Melayu dengan fasih,” ciapnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI