fbpx

Polis tahan suspek kes samun guna pistol tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan oleh suspek ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di Kok Lanas, Kota Bharu Khamis lalu. - Foto IHSAN PDRM

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian samun menggunakan sepucuk pistol tiruan di sebuah kedai serbaneka di Taman Sri Mahang, Kok Lanas di sini semalam.

Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Jal, Kok Lanas di sini kira-kira pukul 3.38 petang selepas dipercayai terlibat dalam kes tersebut yang berlaku pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, dalam serbuan di rumah itu, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

Katanya, berdasarkan siasatan, dua orang lelaki dipercayai telah masuk ke dalam kedai serbaneka sebelum salah seorang daripadanya mengacukan pistol ke arah tengkuk pekerja kedai itu kira-kira pukul 7 pagi pada Khamis lalu.

“Suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit milik pekerja kedai berkenaan, wang dalam mesin juruwang dan rokok di dalam stor simpanan kedai serbaneka itu.

“Kedua-dua suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Wan Khairuddin, pemeriksaan mendapati, suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkait kes jenayah dan dadah.

Katanya, polis sedang mengesan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai sudah menghilangkan diri selepas kejadian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI