fbpx

Polis nafi kilang beroperasi tanpa kebenaran MITI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis menafikan sebuah kilang menghasilkan komponen semikonduktor di Meru dekat sini beroperasi tanpa surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati premis berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

Katanya, operasi bersepadu di premis berkenaan dijalankan bersama MITI Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta.

“Kita maklum mengenai rakaman video dan kenyataan yang dimuat naik di media sosial mengenai operasi kilang itu yang kononnya melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Bagi mengesahkan maklumat itu, kita telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan kelulusan MITI serta patuh SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tangkap layar dakwaan di media sosial mengenai sebuah kilang di Meru yang beroperasi tanpa kebenaran MITI dan ingkar SOP.

Menurut beliau, polis akan membuat pemantauan berterusan terhadap kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan komen tidak benar mahupun tohmahan tidak berasas melalui media sosial yang akan mencetuskan kegusaran masyarakat,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai pertikaian beberapa pihak yang mendakwa kilang berkenaan masih kebal beroperasi meskipun merekodkan kes positif Covid-19.

Kilang tersebut juga dikatakan tidak sepatutnya beroperasi kerana berada dalam kumpulan perkhidmatan bukan keperluan utama.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI