PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara pada pukul 5 petang hari ini.
Perdana Menteri melalui laman Facebook rasmi beliau memaklumkan, perutusan khas berkenaan akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan.
Hantaran itu dibanjiri lebih 1,600 komen dan mendapat tanda suka lebih 8,000 pengguna media sosial itu yang rata-rata mereka mahukan moratorium diberikan secara automatik kepada semua rakyat Malaysia.
“Moratorium perlu diberi secara automatik untuk semua. Ramai peniaga kecil atau sederhana terjejas,” komen seorang netizen – K! ONLINE