fbpx

Perdana Menteri tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri tiba di Istana Negara pada jam 2.30 petang hari ini untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dilihat memasuki pintu 1, Istana Negara diiringi polis pengiring dan hari ini merupakan sembah maklum kedua Perdana Menteri dalam tempoh seminggu selepas kali terakhir adalah pada Rabu lalu.

Difahamkan sesi menghadap berkenaan merupakan rutin mingguan Al-Sultan Abdullah yang memberi perkenan kepada Perdana Menteri bagi mesyuarat pra-Kabinet.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan pertemuan Perdana Menteri pada hari ini ada kaitan dengan mesyuarat Kabinet atau berkaitan dengan siri pertemuan dengan beberapa ketua politik sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI