fbpx

Pengawal keselamatan maut nahas dengan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Kampung Sungai Layang, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi. - Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam nahas dengan sebuah treler di Kampung Sungai Layang, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Razman Mohd Hafas, 46, dipercayai dalam perjalanan dari tempat kerjanya ke rumah yang terletak di Selemak.

Susulan kemalangan berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Mohd. Ramzan

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Arif Ahmad Osasi, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.38 pagi dan tiba di lokasi pada 8.54 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa masih berada di tempat duduk pemandu dan tersepit susulan kereta yang dipandunya jenis Proton Wira melanggar bahagian belakang treler.

“Kita berjaya mengeluarkan mangsa pada pukul 9.14 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” katanya, di sini, tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI