fbpx

Pelayar Polinesia pertama sampai ke Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelancong bergambar di Pulau Bulan di Antartika pada 9 November 2019. – AFP

WELLINGTON, New Zealand – Pelayar Polinesia dipercayai sampai ke Antartika beratus-ratus tahun sebelum ketibaan penjelajah Barat yang mendapat pengiktirafan kerana menemui benua ais tersebut, demikian menurut keputusan satu kajian baharu.

Kumpulan penyelidik New Zealand meneliti ‘sastera kelabu’ termasuk sejarah lisan, hasil seni masyarakat pribumi dan sumber bukan akademik lain bagi mencari kaitan antara puak Maori dan Antartika.

“Apabila anda menggabungkan semua itu, jelas sekali terdapat hubungan bersejarah yang lama antara (Maori) dan Antartika

“Hubungan dengan Antartika dan perairannya wujud sejak sejarah pelayaran paling awal dan kemudian menerusi penjelajahan diketuai orang Eropah, penyelidikan saintifik, penangkapan ikan dan lain-lain sebab sejak berkurun lamanya,” kata ketua penyelidikan berkenaan, Priscilla Wehi dari institut penyelidikan kerajaan New Zealand, Manaaki Whenua.

Pelaut Polinesia dianggap antara kelasi paling hebat di dunia. Mereka belayar antara pulau-pulau di Lautan Pasifik pada jarak ribuan kilometer menggunakan kanu dipanggil waka.

Kajian yang disiarkan dalam Journal of the Royal Society of New Zealand pada minggu lalu itu mendapati masyarakat Maori menemui Antartika lama sebelum ketibaan orang Barat pertama dalam tahun 1820-an.

“Kami menemui penceritaan lisan mengenai pelayaran antara pulau termasuk belayar ke perairan Antartika oleh Hui Te Rangiora bersama krunya dengan menaiki kanu Te Ivi O Atea pada awal kurun ketujuh.

“Pencapaian tersebut diketahui ramai,” kata Wehi.

Sejarah lisan pelayaran tersebut termasuk rujukan kepada ‘tempat berkabus, gelap tanpa kehadiran matahari dan puncak aisberg menjulang ke langit tanpa sebarang tumbuhan’.

Kajian sama menyebut bahawa ukiran dan anyaman kaum Maori turut menyokong eksplorasi awal Antartika itu.

“Sejarah cenderong diceritakan oleh satu pihak (Barat) sehingga menjadi kisah dominan.

“Sering kali sejarah seperti daripada pandangan kaum pribumi malah, sejarah wanita tidak diambil peduli,” kata Wehi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI