fbpx

Padah rentas negeri lalu SJR bawa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan bersama sejumlah dadah dalam satu SJR di Kepala Batas malam tadi.

SEBERANG PERAI – Tindakan seorang buruh membawa sejumlah dadah ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Pinang Tunggal, Kedah-Kepala Batas di sini mengundang padah apabila ditahan polis malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, suspek lelaki yang menunggang motosikal jenis Demak Evo berusia 43 tahun itu ditahan selepas lari dari pemeriksaan SJR di Pinang Tunggal, Kepala Batas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, suspek enggan memberikan kerjasama apabila telah memecut laju motosikalnya ketika tiba di SJR berkenaan.

“Motosikalnya terbabas ketika semasa cubaan melarikan diri sebelum dia berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek merentas negeri tanpa kebenaran dan polis turut menjumpai satu keratan penyedut minuman mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin semasa pemeriksaan badan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 kepada suspek mengikut Peraturan 4(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

Noorzainy berkata, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu turut ditahan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI