fbpx

Menyamar ASP D9 di IPD Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Cubaan berani seorang penganggur menyamar sebagai pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini membawa padah apabila ditahan, baru-baru ini.

Suspek berusia 34 tahun ditahan selepas menemani teman wanitanya membuat laporan polis berhubung perselisihan faham dengan rakan kongsi niaganya dalam kejadian pukul 6 petang, 4 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan teman wanita suspek berusia 39 tahun mendakwa rakan kongsinya menggunakan modal perniagaan berjumlah RM5,000 bagi membuat pengubahsuaian pusat latihan tanpa pengetahuannya.

Katanya, suspek lelaki kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai Asisten Superintendan (ASP) dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur.

“Suspek yang berpakaian kemas dan berketrampilan menarik itu juga bertindak mengarah pegawai penyiasat berpangkat Inspektor menyiasat kes tersebut secara mendalam.

“Bagaimanapun, pegawai penyiasat itu curiga dan meminta kad kuasa polis daripada suspek,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pegawai penyiasat juga menanyakan sama ada mengenali Ketua Polis Daerah ( KPD) yang baharu yang merupakan bekas Pegawai Turus D9 IPK KL.

“Pertanyaan itu membuat suspek terkejut dengan penyamarannya kemudiannya terbongkar.

“Hasil siasatan, suspek bertindak sedemikian bagi memastikan laporan teman wanitanya disiasat dengan cepat,” katanya.

Jelas Ahmad Ridhwan, semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau menyamar pegawai kanan polis Bukit Aman.

“Kita turut menahan teman wanita suspek yang menyamar dirinya sebagai doktor di sebuah hospital swasta.

“Mereka telah bercinta lebih lima tahun dan kedua-dua mereka telah direman selama enam hari dan telah dibebaskan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI