fbpx

Legenda badminton Indonesia Markis Kido meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARKIS KIDO meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika bermain badminton bersama rakannya, Candra Wijaya malam tadi. - AFP

JAKARTA – Legenda badminton Indonesia, Markis Kido, 36, yang pernah merangkul pingat emas Sukan Olimpik 2008 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung malam tadi.

Difahamkan, bekas pemain beregu lelaki Indonesia itu rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain badminton bersama rakannya, Candra Wijaya yang juga bekas bintang badminton negara tersebut.

“Ketika sedang bertukar gelanggang selepas tamat set pertama, saya lihat dia rebah secara-tiba dan tidak sedarkan diri. Kami cuba yang terbaik untuk selamatkan dia sebelum dikejarkan ke hospital,” kata Candra.

Sepanjang kariernya, Markis mengharungi detik yang cukup gemilang ketika berganding dengan Hendra Setiawan apabila memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2008 serta menjadi juara dunia pada 2007.

Sementara itu, Hendra dalam status twitternya turut menitipkan rasa sedih atas pemergian Markis, rakan beregunya itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudah menjadi partner yang baik buat saya dalam waktu menang ataupun kalah. Terima kasih sudah berpartner dr nol dan sama-sama berjuang selama 12 tahun. Terima kasih Kido. Selamat Jalan,” tulis Hendra. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI