PUTRAJAYA – Malaysia mencatatkan trend penurunan kes dan kematian demam denggi bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam satu kenyataan berkata, kes demam denggi pada tahun ini menurun sebanyak 75 peratus manakala kes kematian pula menunjukkan pengurangan sebanyak 91 peratus berbanding tahun lepas.
“Bermula Januari sehingga 12 Jun lalu, sebanyak 12,188 kes demam denggi dan lapan kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
“Jumlah itu menurun berbanding 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya hari ini sempena Sambutan Hari Denggi Asean 2021 yang disambut pada 15 Jun setiap tahun.-K! ONLINE