fbpx

Ingkar SOP, tiga kilang dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa memeriksa MySejahtera seorang pekerja kilang ketika operasi pematuhan SOP di kawasan Perindustrian Gebeng, malam semalam.

KUANTAN – Nilai kompaun yang rendah berbanding pendapatan harian kilang sehingga jutaan ringgit dipercayai menjadi punca segelintir kilang di Gebeng, di sini, sengaja mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam operasi bersepadu membabitkan 12 agensi berkaitan di kawasan PKPD itu malam tadi, enam kompaun dikeluarkan kepada tiga kilang berjumlah RM34,500 atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Azharudin berkata, setiap kilang terbabit dikenakan dua kompaun masing-masing berjumlah RM1,500 dan RM10,000.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah beroperasi lebih masa yang dibenarkan, melanggar Akta Buruh apabila ada pekerja yang bekerja lebih 12 jam serta mengambil pekerja asing tanpa permit.

“Pelanggaran SOP ini tidak wajar berlaku memandangkan semua pengurusan tertinggi kilang di Gebeng sudah diberikan penerangan mengenai SOP ditetapkan,”katanya selepas operasi terbabit, malam semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI