fbpx

Guna surat MITI orang lain, wanita didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Zarina keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KAJANG – Gara-gara menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) milik orang lain untuk syarikatnya beroperasi, seorang pemilik syarikat ukiran kayu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Muhmmad Noor Firdaus Rosli menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Intan Zarina Md. Sappery, 49, selepas wanita itu selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah juga turut memerintahkan, OKS dipenjara lagi selama sebulan sekiranya gagal membayar jumlah denda itu dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Intan Zarina didakwa telah menggunakan surat kebenaran beroperasi oleh MITI yang mana surat itu bukan milik premis miliknya ketika pemeriksaan dibuat oleh pegawai penguatkuasa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis Taman Industri Selesa Jaya, Balakong di sini pukul 10.40 pagi pada 9 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI