fbpx

Gol luar biasa Schick lonjak Republik Czech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHICK (kiri) meraikan jaringan pertama Republik Czech ketika menewaskan Scotland 2-0 pada aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Hamden Park, Glasgow sebentar tadi. - AFP

GLASGOW – Republik Czech menunjukkan belang apabila mudah mengatasi Scotland 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Hampden Park sebentar tadi.

Scotland yang beraksi selaku pasukan tuan rumah dilihat gagal mempamerkan aksi yang diharapkan meskipun beberapa pemain bertaraf bintang seperti kapten, Andy Robertson dari Liverpool dan Scott McTominay dari Manchester United diletakkan dalam kesebelasan utama.

Pasukan pelawat yang menduduki ranking No. 40 dunia dilihat lebih menyerlah dengan jentera serangan yang diketuai oleh penyerang sensasi Bayer Leverkusen, Patrick Schick.

Schick mempamerkan aksi cukup tajam apabila meledak gol pembukaan pada minit ke-42 hasil tandukan untuk memberi kelebihan buat Republik Czech sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Schick terus garang dengan meledak gol luar biasa dengan jarak hampir 50 meter selepas melihat penjaga gol Scotland, David Marshall tidak berada di posisi yang sepatutnya.

GABUNGAN gambar menunjukkan penjaga gol Scotland, David Marshall dibolosi gol kedua Republik Czech ketika aksi Kumpulan D Euro 2020 di Stadium Hamden Park, Glasgow sebentar tadi. – AFP

Berbekalkan kelebihan 2-0 yang dimiliki pasukan lawan, Scotland bimbingan Steve Clark cuba memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan beberapa pemain baharu tetapi gagal memberikan sengat yang diharapkan.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus meletakkan Republik Czech mendahului carta Kumpulan D dengan kelebihan jaringan berbanding pencabar utama, England yang hanya menang 1-0 semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI