fbpx

Gangguan liputan komunikasi TM Unifi Mobile, Celcom di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Gangguan liputan komunikasi dan internet dijangka berlaku kepada pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom sekitar kawasan Seberang Perak, Perak Tengah, Perak berikutan insiden menara milik TM tumbang, Ahad lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di lokasi kejadian sekitar pukul 4 petang.

“Menara milik TM berkenaan dikongsi bersama dengan Celcom dan ekoran itu, gangguan liputan dijangka berlaku kepada pelanggan kedua-dua penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit.

“Bagaimanapun, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera,” katanya.

Jelas MCMC, sebagai langkah awal, Mobile Base Transceiver Station (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI