fbpx

Djokovic julang Grand Slam ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila muncul juara di Terbuka Perancis menewaskan Tsitsipas biarpun tewas pada dua set awal. – AFP

PARIS – Bintang tenis No.1 dunia, Novak Djokovic terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya meraih kemenangan di Terbuka Perancis kelmarin, sekali gus mengumpul gelaran Grand Slam ke-19 dalam kariernya.

Kejayaan menundukkan Stefanos Tsitsipas itu menyaksikan Djokovic muncul selaku pemain pertama dalam tempoh 52 tahun yang meraih gelaran di empat saingan Grand Slam sebanyak dua kali dan lebih.

Pada perlawanan tersebut, Djokovic ketinggalan pada dua set permainan, namun bangkit melakar kemenangan 6-7, 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 dalam tempoh empat jam 11 minit ketika menentang Tsitsipas.

“Saya telah bermain hampir sembilan jam dalam tempoh 48 jam terakhir dengan menentang dua jaguh tenis yang hebat dalam kejohanan ini.

“Saya akui bukan tugas mudah untuk berada di pentas final terutama menghadapi tekanan fizikal selama tiga hari lalu. Bagaimanapun, saya tetap meletakkan kepercayaan tinggi untuk meraih kemenangan hari ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada setiap individu yang sentiasa menyokong saya selama ini. Meraih kemenangan di sini adalah impian saya selama ini,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Hasil kemenangan tersebut, pemain kelahiran Serbia itu kini hanya kurang satu gelaran utama untuk menyamai rekod 20 gelaran milik Roger Federer dan Rafael Nadal.

Kejayaan di Roland Garros itu menyaksikan Djokovic meraih kejuaraan kedua selepas kali pertama menjulang trofi berkenaan pada 2016.

Pemain berusia 34 tahun itu muncul pemain lelaki pertama sejak Rod Laver yang memenangi kesemua empat gelaran Grand Slam sebanyak dua kali pada 1969. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI