fbpx

Buka akaun secara digital di AmBank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AmBank sentiasa memperbaiki pengalaman perbankan bagi pelanggannya terutama dalam suasana norma baharu ini.

PETALING JAYA – AmBank menjadi bank pertama di negara ini yang membenarkan pembukaan akaun perniagaan semasa oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara digital sepenuhnya, yang kini menjadi satu keperluan baharu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkhidmatan nilai tambah ini membolehkan PKS untuk terus bertumbuh dan mengintai peluang baharu ketika pandemik, selain memanfaatkan keupayaan digital AmBank dalam operasi mereka.

Apabila permohonan untuk pembukaan akaun dibuat oleh wakil syarikat, semua pemilik atau pengarah akan menerima notifikasi untuk melakukan pengesahan digital dari telefon pintar mereka bagi mengesahkan cadangan syarikat membuka akaun bank.

Penyelesaian tersebut kini dalam peringkat percubaan dan akan tersedia untuk syarikat perkongsian serta sendirian berhad dalam fasa pertama serta pemilikian tunggal bagi fasa kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, sebagai sebahagian daripada perjalanan transformasi digital syarikat, pihaknya sentiasa memperkenalkan inovasi digital yang mengutamakan pelanggan.

“Ia bagi memperbaiki pengalaman pengurusan perbankan mereka bersama kami, dengan menjadikannya lebih mudah, pantas, selamat dan benar-benar digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Pembukaan akaun secara digital untuk PKS adalah sebahagian daripada pelan inovatif AmBank untuk memperkasakan sektor itu dengan alatan penting bagi menguruskan kewangan, mengakses modal kerja serta mengembangkan dan mendigitalkan model perniagaan mereka secara online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI