fbpx

Buang bayi : Pasangan kekasih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan berusia dua hari dan masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak di sebuah pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan di sini pagi semalam.

SEREMBAN – Polis berjaya menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan berusia dua hari di pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pasangan kekasih berusia 26 serta 23 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 petang hari yang sama di Garden Avenue Seremban 2 di sini.

Mohd. Said

“Lelaki dan wanita disyaki sepasang kekasih itu ditahan bagi membantu siasatan berdasarkan maklumat dan siasatan yang diperoleh.

“Kedua-dua mereka akan direman di Mahkamah Seremban hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua hari dan masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak di sebuah pondok bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan.

Difahamkan bayi berkenaan ditemui oleh seorang wanita berusia 50-an yang kebetulan menunggu di pondok bas tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI