fbpx

Batin Harun dahului masyarakat Orang Asli Lipis terima suntikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batin Harun Kekabu (tengah) dan dua penduduk Orang Asli menerima suntikan vaksin di Lipis semalam.

LIPIS – Selepas menolak suntikan vaksin kerana ‘takut mati’ akhirnya masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di di sini mula tampil secara sukarela menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini.

Batin Harun Kekabu,52, dari Kampung Paya Keladi di sini yang kini menjadi orang Asli pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku menerima suntikan selepas berulang kali dipujuk oleh ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long dan petugas barisan hadapan.

Harun berkata, dia dan anak buahnya tampil secara sukarela setelah mendengar nasihat dan penerangan mengenai kepentingan vaksinasi daripada pelbagai pihak termasuk Mustapa yang beberapa kali datang memujuk penduduk di situ.

“Akhirnya saya yakin setelah mendengar nasihat beliau dan berusaha mengajak anak buah yang lain tetapi cuma dua orang sahaja yang bersama saya mengambil vaksin hari ini.

“Saya harap rakan (Orang Asli) lain yang masih belum lagi, mendaftarlah serta datang mengambil vaksin, bukannya ‘mati’ pun, sakit kena cucuk (suntik) sikit sahaja,” katanya di sini semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI