fbpx

Anak makin seronok belajar PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pelajar kelihatan bersemangat belajar PdPR ketika ditemui di rumahnya di George Town baru-baru ini. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Ibu bapa dan waris pelajar mula menarik nafas lega apabila anak-anak mereka semakin menunjukkan perkembangan positif dalam suasana norma baharu bagi sesi Pem­belajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) 3.0 yang bermula semalam.

Rata-rata mereka yang ditemui di sini mengatakan proses pembelajaran secara online kali ini adalah paling berkesan berbanding tempoh 10 hari yang dilaksanakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Hal ini kerana, pelajar terutama sekolah rendah sudah mula memahami situasi serta kemu­daratan akibat kesan penularan Covid-19 selain penyusunan ja­dual kelas yang lebih efisien berbanding sebelum ini.

Seorang ibu, Nafisah Ali, 39, berkata, dua anaknya yang belajar di tahun 2 dan 4 kini lebih teruja untuk mengikut kelas PdPR 3.0 yang bermula semalam sehingga 16 Julai depan.

Menurutnya, pelbagai kaedah dilakukan sebelum ini termasuk menyediakan ruang belajar khas dan lebih ceria bagi meningkatkan semangat suasana pembelajaran norma baharu untuk dua cahaya matanya itu.

“Berbanding sebelum ini, jenuh saya paksa dan duduk di sebelah mereka untuk bersama-sama menyertai kelas online.

“Kali ini, mereka sudah mampu berdikari sendiri dan bersedia di hadapan telefon bimbit sebelum kelas bermula pukul 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini.

Sementara itu, seorang lagi ibu, Hanifah Abd Rahman, 38, pula memberitahu, penyediaan jadual kelas baharu yang lebih efisien sememangnya memberi peluang kepada pelajar menumpukan tumpuan sepenuhnya terhadap subjek yang dipelajari.

“Kali ini, hanya melibatkan maksimum dua subjek dalam sehari serta sesi bimbangan dan kaunseling pada sebelah petang. Pelajar tidak lagi berasa terbeban dan tidak timbul kekeliruan sepanjang sesi PdPR dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Pulau Pinang, Mohd. Zaidi Said berkata, semua pihak terutama guru dan pelajar kali ini dilihat lebih bersedia dan terancang untuk melaksanakan sesi PdPR 3.0.

“Pihak pentadbir telah menyediakan jadual PdPR yang bersesuaian dan menepati kehendak guru dan pelajar supaya kedua-dua pihak dapat mengajar serta belajar dengan baik.

Mereka (pelajar) dilihat semakin menyesuaikan diri dengan pembelajaran secara online,” jelasnya ketika dihubungi di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI