fbpx

Ajay Devgn anjurkan hari vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAY DEVGN

AKTOR dan juga pengarah Ajay Devgn menerusi pertubuhan badan amal miliknya, NY Foundation telah menganjurkan hari vaksinasi khusus untuk pemain industri hiburan serta golongan media.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Twitter, suami kepada pelakon Kajol itu menjelaskan acara tersebut berlangsung di Mumbai, India.

“Vaksinasi ini akan melibatkan pekerja dalam kalangan industri hiburan dan media profesional,” ujarnya ringkas.

Program yang dianjurkan Ajay ternyata mendapat sokongan pekerja sektor hiburan termasuk rakan-rakan artis.

Pada April lalu, Ajay dengan kerjasama Hospital Hinduja telah menyalurkan sumbangan berupa katil hospital di wad kecemasan (ICU) hospital tersebut untuk kegunaan pesakit Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI