fbpx

Membanggakan, Aina Abdul ditemu bual televisyen Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nama Aina trending dalam Twitter selepas muncul dalam sebuah program televisyen Korea Selatan, Simply Kpop Con-Tour yang disiarkan di stesen Arirang TV malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Aina Abdul mengharumkan nama Malaysia selepas muncul dalam sebuah program televisyen Korea Selatan berjudul Simply Kpop Con-Tour yang disiarkan menerusi stesen Arirang TV Korea malam tadi (waktu tempatan).

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aina berkongsi sedutan ketika dia ditemu bual dua pengacara program tersebut iaitu Kevin dan Jacob daripada kumpulan The Boyz.

Ketika ditemubual, Aina berkata dia berasa sangat teruja dan gembira kerana dapat muncul dalam program tersebut sebagai tetamu jemputan.

“Saya berasa sangat teruja kerana saya adalah penonton setia rancangan ini dan akhirnya menjadi tetamu undangan untuk ditemu bual.

“Perasaannya seperti mimpi menjadi kenyataan,” ujarnya.

Dalam temu bual yang berlangsung secara maya itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, turut ditanya pengacara tentang artis Korea Selatan kegemarannya.

Ujar pelantun lagu Semalam itu, sejak sekian lama dia sangat meminati kumpulan muzik Big Bang dan menjadikan kumpulan tersebut sebagai inspirasinya untuk berkarya.

“Saya meminati kumpulan Big Bang. Saya suka lagu-lagu daripada kumpulan tersebut dan telah menjadi kumpulan kegemaran saya sejak sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Aina turut memukau penonton dan pengacara pada malam itu apabila menyanyikan sedikit lagu daripada penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu Ailee yang berjudul I Will Go To You Like The First Snow sehingga membuatkan kedua-dua pengacara kagum dan meremang.

Bahkan, Aina turut menyampaikan lagu Sepi dalam versi Korea di mana lagu tersebut telah menerima sambutan daripada peminat K-pop selepas tular dalam media sosial.

Selain Aina, program Simply Kpop Con-Tour telah menemubual beberapa bintang terkenal daripada Thailand, Vietnam dan Filipina dalam episode terdahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI