fbpx

Ada ‘A’ dan lulus semua subjek, Bella cuma malu nak kongsi ‘result’ SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella malu untuk berkongsi keputusan SPM yang diperoleh, namun bersyukur kerana masih memiliki keputusan gred A dan lulus semua 10 subjek yang diambil.

PETALING JAYA – Pelakon Bella Dowana mengambil pendekatan untuk menutup mulut dan enggan berkongsi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya pada 10 Jun lalu.

Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 18, mengakui malu untuk berkongsi keputusan SPM yang diperoleh, namun bersyukur kerana masih memiliki keputusan gred A dan lulus semua 10 subjek yang diambil.

“Alhamdulillah keputusan SPM saya okey. Masih ada subjek yang mendapat gred A. Tapi yang penting tidak ada subjek yang gagal.

“Kalau boleh saya memang tidak mahu berkongsi keputusan tersebut,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ujar pelakon Budang Tebing itu lagi, dia juga mengambil keputusan untuk tidak berkongsi keputusan SPM yang diperolehnya itu dengan rakan-rakan terdekat.

Bella ketika ditemu bual semasa sidang media drama Budang Tebing 2 hari ini berkata, dia mengakui mengalami kesukaran untuk mengulangkaji pelajaran bagi menduduki peperiksaan SPM dan pada masa sama perlu menjalani penggambaran drama.

Namun, Bella yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelajar dengan mengikuti sesi pembelajaran dengan mengikuti kelas peribadi bersama guru.

Ditanya tentang perancangannya pada masa akan datang, pelakon muda tinggi lampai itu berkata dia bercadang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan atau seni lakonan pada masa akan datang.

“Tapi bukan dalam masa terdekat sebab saya mahu seimbangkan antara kerjaya lakonan dan pelajaran,” katanya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI