fbpx

Tujuh PKPD bermula Rabu, dua lagi dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan atau lokaliti akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Warga Asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun 2021.

“Secara kumulatifnya, seramai 128 individu telah disahkan positif Covid-19 selepas KKM menjalankan ujian saringan ke atas 237 penghuni dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi di lokaliti itu.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut akan dilaksanakan di dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, Sarawak iaitu di Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti seperti dinyatakan berkuat kuasa 16 Jun sehingga 29 Jun 2021.

“Turut dikenakan PKPD ialah di Kampung Sundang Laut, Sandakan, Sabah bermula 16 Jun ini,” jelasnya.

Sementara itu, di Penampang, Sabah pula kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD bermula 16 Jun selepas KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu.

“Selain itu di Kunak, Sabah pula kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Skim Cocos bermula Rabu ini.

“Kerajaan juga bersetuju melanjutkan PKPD di 11 Rumah Panjang dan Sekolah Kebangsaan, Tanjung Manis, Mukah, Sarawak yang sepatutnya tamat esok disambung hingga 29 Jun depan,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak bermula 16 Jun sehingga 22 Jun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI