fbpx

Tengku Hassanal saran Tasik Chini dipulihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tasik Chini di Pekan diiktiraf sebagai Tapak Rizab Biosfera oleh UNESCO.

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya status Tasik Chini di Pekan sebagai Tapak Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pertama di negara ini terus dipertahankan.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, sehubungan itu baginda menyarankan agar aktiviti perlombongan di Tasik Chini dihentikan dan kawasan bekas lombong itu dipulihkan semula.

“Baginda mengambil berat dan akan sentiasa memantau usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pahang untuk memastikan alam sekitar di Pahang sentiasa terjaga.

“Baginda menyeru agar semua pihak untuk sentiasa mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Khirrizal, Tengku Hassanal telah meneliti laporan dan gambar yang tular dalam media sosial serta mencemar duli mengadakan lawatan tapak secara mengejut di sekitar Tasik Chini semalam bagi melihat sendiri keadaan tasik tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI