fbpx

Polis Pakistan tahan 19 pekerja restoran selepas gagal dapat burger percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah restoran makanan segera Johnny & Jugnu. YOUTUBE

LAHORE, Pakistan – Sekumpulan anggota polis di Pakistan naik berang dan menahan semua 19 kakitangan  sebuah restoran makanan segera kerana enggan memberikan burger percuma kepada mereka.

Pekerja  restoran makanan segera popular, Johnny & Jugnu  di bandar Lahore, timur Pakistan, ditahan selama tujuh jam pada Sabtu lalu dan terpaksa meninggalkan dapur serta pelanggan mereka.

“Ini bukan kali pertama sesuatu seperti ini berlaku kepada restoran kami dan kami mahu memastikan ini menjadi yang terakhir,” kata pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu dalam satu kenyataan di media sosial.

Pekerja restoran itu memberitahu agensi berita AFP bahawa kebanyakan yang diberkas adalah kakitangan berusia muda termasuk pelajar universiti.

Susulan bantahan peminat restoran berkenaan, sembilan anggota polis yang terlibat telah digantung tugas kelmarin, kata pegawai kanan polis, Inam Ghani dalam satu kenyataan di laman Twitter. 

“Tidak ada sesiapa dibenar membuat undang-undang sendiri,” katanya.

Polis Pakistan didakwa terlibat dalam rasuah dan kerap meminta habuan daripada perniagaan tempatan.

Perdana Menteri Pakistan telah meminta rombakan pasukan polis dilaksanakan  dan menyatakan bahawa ‘kroni’ telah dilantik oleh ahli-ahli politik untuk menguasai balai-balai polis. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI