fbpx

Pasar Besar MBMB tutup, 15 peniaga sayur positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Besar MBMB di Melaka ditutup tiga hari selepas 15 peniaga di bahagian sayur-sayuran disahkan positif Covid-19.

MELAKA – Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini ditutup serta-merta selama tiga hari bermula hari ini selepas 15 peniaga sayur di pasar tersebut disahkan positif Covid-19.

Pengurusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti seramai 100 kontak rapat individu berkenaan bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

“Pasar Besar MBMB ditutup selama tiga hari selepas 15 peniaga di bahagian sayur-sayuran telah disahkan positif Covid-19.

“KKM telah mengenal pasti seramai 100 individu kontak rapat peniaga-peniaga tersebut termasuk ahli keluarga mereka dan sedang mengesan baki yang mungkin terlibat bagi mengekang penularan wabak itu,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, penutupan telah dibuat serta-merta pagi tadi bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi.

“Pasar Besar MBMB ditutup selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membolehkan proses disinfeksi dilakukan di bangunan tersebut terutama di bahagian penjualan sayur-sayuran.

“Kita juga telah memaklumkan penutupan pasar ini kepada orang ramai menerusi akaun rasmi media sosial Facebook MBMB,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI