fbpx

Inspektor rogol janda dibebas dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang ditahan selepas dipercayai merogol dan memaksa seorang tahanan wanita melakukan seks oral dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu dibebaskan hari ini selepas menjalani tempoh tahanan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C kanun sama iaitu kesalahan melakukan seks luar tabii.

“Bagaimanapun, pegawai polis itu akan bertugas seperti biasa kerana dia masih belum didapati bersalah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI